Saturday, March 30, 2024

adasdas

 asdasd

test

 aasd

Bicara Mukadimah

 Salam bicara mukadimah


Saya seperti nama tertera seorang insan biasa yang telah melalui kehidupan yang sederhana. Namun saya punya banyak keinginan yang selalu disebutkan sebagai impian. Jika saya di pentas ceramah atau memberi kursus saya jarang menjelaskan tentang diri saya secara panjang lebar. Pada saya jika seseorang ingin mengetahui tentang kita dia akan mencari maklumat tentang diri kita.


Pada Zaman Digital ini google saja nama orang tu pasti ada maklumat tentang dia.  Dalam media sosial pula kalau kita jadikan ianya pentas untuk memperkenalkan diri ianya sangat sesuai kerana elemen viral ada pada medium ini. Akan tetapi kita akan kehilangan sesuatu dalam hidup yang dinamakan " Privacy".


Ini kerana posting kita di dalam medium itu tidak menapis orang semua boleh akses tanpa perlu kebenaran kita. Maka itu akan mewujudkan 2 golongan iaitu Follower dan Haters. Kita kena terima hakikat bahawa setiap apa yang kita bawa pasti akan ada yang tidak bersetuju dan melihat ianya tidak betul kerana content atau tulisan kita bukan untuk dia.


Cara untuk menapis semua ini walaupun tidaklah secara total kita boleh halakan trafik kepada platfrom lain. Ini kerana jika memerlukan maklumat lebih tentang kita mereka perlu berpindah kepada satu platform lagi. Usaha kecil itu akan membuatkan kita menapis trafik yang betul kepada aksess content yang kita kongsikan. Kenapa ? sebab usaha kecil sekecil Loading Time juga sangat berguna pada ketika ini. Jika mereka mampu menunggu 1 2 saat loading untuk membaca content kita maka mereka ada orang yang betul yang telah kita halakan kepada medium kita sendiri.


Tulisan spontan ini adalah untuk menerangkan kenapa saya membuat google site ini. Saya seorang yang ada bebrapa kemahiran media sosial yang boleh saya kategorikan sebagai satu hobi. Namun ianya terlompat-lompat dan mengikut mood. Oleh itu ianya membuatkan saya tidak konsisten. Dulu saya suka Live saya punya kemahiran itu saya boleh bercakap tanpa skrip dalam tempoh masa yang lama. Namun saya bersangka sangka banyak sensitiviti terhadap kerja hakiki saya. Akhirnya saya memilih untuk perlahankan kerana ada pekeliling untuk seorang penjawat awam menyerahkan semua maklumat perniagaan termasuk akses media sosial untuk mendapatkan kebenaran ketua Jabatan.


Betul ianya kedengaran seperti kerajaan tidak mahu penjawat awam kaya. Namun kalau kita tukarkan diri kita kepada majikan atau owner bisnes pasti kita juga tidak masa yang kita tukarkan sebagai gaji yang kita bayar kepada staff dihabiskan untuk kerja lain yang tidak bersangkut paut dengan skop kerja yang berikan.


Susah juga cari ending tulisan ini. Apa-apa pun kita akan sambung di blog tab akan datang..  untuk ketika ini saya mahu katakan Hai dan salam kepada anda yang sudi membaca sehinggan coretan akhir ini..


Saya Ebby Nasrol..

adasdas

 asdasd